LELAKI PENYELENGGARA PENYAMAN UDARA JATUH DARI TINGKAT 10 IPD DANG WANGI

Kuala Lumpur, Jun 21-

Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika melakukan penyelenggaraan penyaman udara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, satu bunyi dentuman dari arah luar lobi didengari anggota bertugas di kaunter pertanyaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

“Lelaki terbabit terjatuh ketika melakukan penyelenggaraan penyaman udara di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi,” katanya semalam.

Zainal berkata, pihak polis kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here