COVID-19: KES BAHARU 4,743, SELANGOR KEKAL KES HARIAN TERTINGGI

PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuala Lumpur, Jun 22-

Jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dalam negara direkodkan sebanyak 4,743 kes.

Pertambahan angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini kepada 705,762.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam tempoh sama juga, Selangor masih kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,566 jangkitan baharu diikuti Kuala Lumpur (635 kes), Negeri Sembilan (585 kes) dan Sarawak (507 kes).

Jumlah jangkitan baharu di negeri-negeri lain adalah seperti berikut:

* Johor – 239 kes

* Sabah -193 kes

* Melaka – 167 kes

* Kelantan – 165 kes

* Melaka – 167 kes

* Kelantan – 165 kes

* Kedah – 142 kes

* Pahang -131 kes

* Wilayah Persekutuan Labuan – 104 kes

Sementara itu negeri-negeri yang mencatatkan kurang daripada 100 kes harian ialah Perak (68 kes), Terengganu (37 kes), Putrajaya (7 kes) dan Perlis (2 kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here