MIC TIDAK MENGENAKAN TEMPOH 14 HARI

Kuala Lumpur, Jun 22-

UMNO mendesak kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, bermula hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia susulan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu supaya sidang berkenaan diadakan secepat mungkin.

“Sebagai sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Raja-Raja Melayu turut menyokong dan senada dengan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, selain berpendirian Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin. Penagguhan lagi untuk memanggil sidang parlimen dianggap sebagai pengkhianatan negara, kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, ia bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan ketika berdepan pandemik COVID-19, selain memastikan wujud kebertanggungjawaban dalam urusan pentadbiran kerajaan.

“Justeru, tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengenai istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan dalam kedua-dua kenyataan media mengenai sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu,” katanya.

Namun Pengerusi Ketua MIC Tan Sri Vikneswaran, mengatakan bahawa MIC menawarkan peluang yang secukupnya untuk membuka parlimen pada waktu yang sesuai. Maka persidangan parlimen akan diadakan pada waktu yang sesuai apabila kerajaan bersedia.

UMNO telah menetapkan tempoh 14 hari bagi memanggil sidang parlimen justeru MIC tidak mahu terikut-ikut kehendak atau pendesakan UMNO ke atas kerajaan.

Lambakan kontroversi meletus setelah pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhidin Yassin bahawa parlimen akan bersidang sejurus selepas berbincang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu pada 16 Jun lalu.  

Sementara itu, ketua Setiausaha Eksekutif  MCA, Chong Sin Woon menegaskan keputusan untuk mengadakan sidang parlimen tertakhluk kepada sistem undang-undang.

Beliau juga mengetengahkan notis 28 hari perlu diedarkan kepada semua wakil rakyat sebelum pembukaan parlimen untuk membolehkan mereka menyiapkan soalan dan jawapan pembentangan yang berkaitan.

MIC dan MCA selaku parti komponen UMNO terus kekal setia dalam gabungan Barisan Nasional (BN) tetapi menzahirkan pendirian masing-masing atas usul pembukaan parlimen.

Tan Sri Vikneswaran mengatakan bahawa keputusan Ahmad Zahid adalah kedudukan parti UMNO. Jadi ini adalah keputusan Umno, bukan garis penghujung  Barisan Nasional serta bergantung pada UMNO. MIC tidak mahu mendesak kerajaan dalam tempoh 14 hari bagi pembukaan parlimen tegas Vikneswaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here