SEKOLAH RENDAH TAMIL NIBONG TEBAL MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI DI INDONESIA

Nibong Tebal, 22 Jun-

Murid-murid  Sekolah Tamil Nibong Tebal dari Seberang Prai telah memenangi dua pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa (WSEEC) yang diadakan di Indonesia secara maya.

   

Ini merupakan catatan rekod kecemerlangan antarabangsa yang kedua SJKT Nibong Tebal dalam masa yang singkat. Sebelum ini murid-murid telah memenangi satu pingat emas dan dua perak pada Pertandingan Inovasi Gerakan 2021 di Turki pada awal tahun ini.

Sebanyak 288 pasukan dari 21 negara berjaya mara ke peringkat akhir. Antara murid-murid SJKT Nibong Tebal yang masuk ke peringkat akhir adalah  Kashwini Govindaraju, Natalie Albert Raj, Linisha Sudhakar, Muvanan Mathivanan dan Ilakiya Thuraisingam memenangi emas dengan mencipta wangian herba semula jadi.

Begitu juga, pasukan yang terdiri daripada Tanusya Vijayan, Niranjana Nagendran, Sarvini Akilan, Sarvesh Vasudevan, dan Santosh Ilangovan memenangi emas dengan membuat pasu benih dengan bahan penanaman semula.

Latihan dan bimbingan bagi murid-murid diadakan melalui online. Cikgu Mohan berusaha untuk membimbing serta menyerlah potensi murid-murid hingga ke peringkat antarabangsa.

Puan Kogilavani selaku guru besar SJKT Nibong Tebal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan ibu bapa yang bekerjasama untuk mengharumkan  nama sekolah dan masyarakat.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here