TINDAKAN MAJIKAN TERHADAP PEKERJA RESTORAN SUNGGUH MEMALUKAN- PROF RAMASAMY

Georgetown, Jun 22-

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun pada Jumaat lepas, susulan pendedahan seorang lelaki warga India, Velayutham dalam temu bual disiarkan oleh media India dan kemudian tular.

susualan daripada penyiasatan kes penderaan itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr. P Ramasamy meluahkan kegusaran bahawa ‘adakah ini bagaimana kita memperlakukan pekerja asing?’

Eksploitasi pekerja asing adalah penghinaan kepada majikan dan sungguh memalukan negara serta tidak boleh dimaafkan. Hal ini tidak melibatkan semua majikan di Malaysia.

Tetapi kekejaman dan perilaku menjijikkan sebilangan kecil majikan menyumbang kepada nodaan kepada seluruh warga majikan malah rakyat.

Ujar Ramasamy bahawa banyak insiden perlu diambil pertimbangan sambil menambah bahawa penubuhan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat keadaan, tempat tinggal, upah, kebajikan pekerja asing perlu diberi keutamaan.  

Terdapat juga pekerja asing tidak dibayar gaji yang secukupnya. Terutama mereka yang mengalami  masalah kesihatan harus bekerja berjam-jam. Mereka dihukum berat atas kesalahan yang mereka lakukan di tempat kerja.

Beliau menegas bahawa majikan harus mengambil pekerja asing yang memiliki permit kerja dan dokumen yang berpatutan untuk bekerja di Malaysia.

“Velayutham, yang melarikan diri ke Tamil Nadu, telah mengungkapkan pengalamannya yang tragis. Tetapi beratus-ratus orang yang tidak bernasib baik seperti dia masih menderita penganiayaan yang melampau dan tidak dapat keluar dari situ” katanya dalam suatu kenyataan.

Mereka mengalami pemeritan sehingga tidak dapat meluahkan kepada sesiapa. Tetapi ramai dari pandangan luar menganggap bahawa majikan benar-benar menyediakan perkhidmatan dan peluang yang baik untuk pekerja warga asing.

“Sebilangan pekerja tiba-tiba hilang diri dari tempat kerja lalu tiada siapa tahu apa yang terjadi kepada mereka” kata Profesor.

Ramasamy dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka yang dibawa bekerja di suatu sektor tertentu kemudian dipindah ke dalam sektor yang langsung tidak terkena dengan mereka kerana sebab-sebab tertentu.

Ramasamy juga menegas bahawa tindakan majikan yang berbuat demikian salah di sisi undang-undang  bagi mereka untuk bekerja dalam sektor lain.

Berikutan kes itu, polis menahan reman seorang bekas penyelia sebuah restoran di sini untuk membantu siasatan kes penderaan dan eksploitasi pekerja asing dalam kejadian dipercayai berlaku pada Mac tahun lalu.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan mengaku sebagai bekas pekerja restoran tersebut dan menceritakan pengalamannya bekerja di situ selain mendakwa dieksploitasi dengan cara tidak dibayar gaji serta dipukul dan didera.

“Selain itu dia turut mendakwa telah menyaksikan rakan sekerjanya juga warga India telah dibakar di bahagian kaki oleh majikan di restoran terbabit, dipercayai berlaku pada Mac tahun lepas.

“Polis kemudian menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya berjaya menyelamatkan dua mangsa lelaki warga India berumur 22 dan 34 tahun yang merupakan pekerja dan bekas pekerja di restoran itu,” katanya pada sidang media hari ini.

 “Kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Pihak polis juga akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan lelaki yang membuat dakwaan dalam rakaman video berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here