YOGA MEMBINA KEKUATAN DALAMAN- NARENDRA MODI

New Delhi, Jun 22-

Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya sempena Hari Yoga Antarabangsa yang ketujuh yang bertema ‘Yoga untuk kesihatan’ disambut semalam  berkata yoga telah menjadi sumber kekuatan dalaman dalam kalangan masyarakat ketika penularan pandemik COVID-19 dan menyuntik keyakinan bahawa mereka dapat melawan virus tersebut.

Selaku pengamal yoga Modi memulakan ucapan dengan kata hikmat Thirukkural,

‘Nooinadi nooi muthalnadi athuthanikkum

vainaadi vaayppac ceyal’ yang membawa maksud kita harus meneliti penyakit terlebih dahulu, sebab utama penyakit dan perlu mencari perubatan yang sesuai untuk menyembuhkannya.

“Yoga tidak hanya memfokuskan pada kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. Semasa COVID, beberapa kajian dilakukan, meneliti manfaat yoga pada imuniti dan tubuh badan kita,” kata Modi, yang juga pengamal tegar yoga.

Hari Yoga antarabangsa di New Delhi disiarkan di saluran TV Thoordarshan pada jam 6.30 pagi.

Saya berdoa agar setiap negara dan rakyat setiap negara akan sihat. Yoga adalah titik harapan dalam wabak Covid-19. Semangat serta motivasi untuk melakukan latihan yoga belum berkurang dalam kalangan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here