PELANGGARAN SOP SEMASA PENGEBUMIAN? PERMIT SYARIKAT PERKHIDMATAN PENGEBUMIAN AKAN DIBATALKAN-AMARAN DATO HALIMAH

Putrajaya, 23 Jun-

Tindakan Pelanggaran peraturan SOP pada tempoh PKP 3.0 bagi bukan Islam dalam upacara pengebumian ditegas oleh Dato Halimah Mohamed Saddiq, Menteri Perpaduan Negara. Peraturan itu harus diperketatkan lagi sekiranya peraturan pengebumian orang bukan Islam dilanggar lagi.

Ujar Halimah bahawa kerajaan mengharapkan kerjasama semua orang dalam menegakkan peraturan ini berikutan dengan insiden  sekumpulan belia India yang berarak dengan mendukung keranda di tengah jalan dengan membawa sepanduk yang memaparkan gambar orang yang meninggal dunia di Butterworth beberapa hari lalu.

Dia mengatakan bahawa tindakan sebegini akan membawa padah membatalkan permit pengurusan syarikat atau organisasi penguburan atau pembakaran mayat pada masa akan datang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan dan menguatkuasakan peraturan untuk melakukan upacara pengebumian dalam tempoh Perintah Kawalan Bergerak(3.0) penuh ini.

Dia menyatakan bahawa ini adalah pelanggaran terang benderang dan sikap menunjukkan bahawa mereka telah mengabaikan undang-undang.

Dato Halimah berkata kerajaan tidak lagi menoleransi tindakan melanggar SOP tersebut sepanjang tempoh kawalan dan memberi amaran bahawa kementerian akan membatalkan permit kepada syarikat atau organisasi perkhidmatan pengurusan pengebumian sekiranya insiden tersebut berlanjutan.

MCO 3.0 berkuatkuasa dari 1 Jun hingga 28 Jun 2021. Dalam tempoh ini, Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan dan menguatkuasakan peraturan untuk  upacara pengkebumian bukan Islam.

Berikutnya:

* Hanya 5 orang dalam keluarga  dibenarkan untuk urusan  persiapan jenazah di rumah mayat.

* Hanya 10 orang dalam sebuah keluarga  dibenarkan dalam pemberian kehormatan terakhir di rumah, di perkuburan, di krematorium.

* Hanya 5 orang dalam sebuah keluarga  dibenarkan untuk melakukan upacara pembakaran mayat.

* Perarakan pengebumian tidak dibenarkan.

* Jamuan kesyukuran juga tidak dibenarkan.

“Peraturan SOP harus dipatuhi” kata Dato Halimah dengan tegas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here