HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KEPIMPINAN ZAHID-NAZRI

Ramai MP dalam barisan Nasional hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz memberitahu  Malaysiakini  bahawa majoriti 42 anggota parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid selaku pengerusi gabungan itu.

Nazri mendakwa Zahid telah memberikan maklumat yang mengelirukan kepada Agong bahawa Ahli Parlimen BN menyokong (Presiden PKR) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Nazri Dia berkata, 25 ahli parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah (SD) sebagai ‘mandat’ kepada Menteri Luar Hishammuddin Hussein sekiranya ahli parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dia hilang kepercayaan kepada Zahid setelah mengetahui bahawa Al- Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan untuk menerima menghadap ketua -ketua parti politik.

Pada Oktober tahun lalu, Zahid didakwa mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Pejabat Zahid mendakwa surat itu palsu, namun bekas Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengatakan sebaliknya.

Majlis Tertinggi Umno dan Perhimpunan Agung parti itu menegaskan pendirian  untuk tidak menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Namun, timbul spekulasi bahawa Anwar telah menyerahkan kepada Agong senarai 115 anggota parlimen yang didakwa menyokongnya untuk menjadi perdana menteri semasa menghadap baginda pada 9 Jun lalu.

Sementara itu, pejabat Hishammuddin menafikan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa dia mendapat sokongan BN untuk menjadi perdana menteri yang baru.

“Hilang kepercayaan kepada MP lain ? Cerita kartun,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Manakala Zahid pula menyifatkan tuduhan Nazri yang dilemparkan itu sebagai cerita ‘kartun’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here