PROFESOR CHANDRASEKARAN MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

 Dr. Chandrasekaran Subramaniam, seorang profesor kelahiran Perak, telah mengukir nama Malaysia dalam pendidikan global dengan terpilih sebagai penerima tunggal Anugerah Antarabangsa untuk Profesor Terbaik untuk Pembangunan Pelajar Cemerlang dalam majlis yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Penghargaan itu dianugerahkan oleh World Education Awards Organisation serta Global Education Summit and Awards (KESA) yang berpusat di New Delhi, India. Majlis penganugerahan berlangsung selama 5 jam dengan perbincangan para intelek yang menyentuh beebrapa topic-topik pendidikan merangkumi pencabaran pendidikan pada masa Covid-19. Dr. Chandrasekaran Subramaniam terpilih untuk usaha dan sumbangan yang berkelanjutannya dalam bidang pendidikan.

Antara pencapaian kecemerlangan Dr. Chandrasekaran untuk menuju kejayaan:

Forum Maya Global yang bertema ‘Penggunaan dan Peranan Perpustakaan dalam Konteks Akademik’ yang dianjurkan oleh Universiti India New Delhi memilih beliau sebagai penceramah utama di Webinar (Simposium Bahasa). Kegiatan penanaman pokok sempena Hari Bumi Anugerah Antarabangsa 2020 – 2021, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Pencinta Pohon Sedunia dan ‘Go Green’ Malaysia. Dia juga memainkan peranan yang penting bagi penjagaan alam sekitar iaitu menjadi pengasas Hari Penanaman dan Penjagaan Pokok Pertama di Dunia ‘ dan ‘Retreat Malaysia’. Dia juga merupakan penganjur pertandingan melukis poster, melakar topeng harimau dan shortfilm untuk Hari Harimau Sedunia 2020-2021. Pemaparan pelbagai teka-teki di online dan memberi pengistiharan kepada semua pelajar dan guru dengan member e-sijil yang berkenaan untuk mendapat markah kokurikulum.

Pertubuhan Pertandingan Inovasi Antarabangsa Pertandingan Inovasi Berharga Teknologi Alam Sekitar (UGOAIE 20 ‘) 2020, Green Olympiad Green Innovation Red (IOAAI 21’) dan banyak anugerah inovasi antarabangsa dan peringkat kebangsaan yang lain. Dia telah menyinari identiti pelajar dari semua peringkat umur untuk terus berjuang untuk meningkatan diri. Sebagai ganjaran atas usaha yang luar biasa, beliau telah terpilih sebagai cendekiawan yang menerima anugerah berprestij sebagai Profesor Pembangunan Pelajar Global.

Sebanyak sepuluh anugerah telah dianugerahkan oleh 20 buah negara. Sudah tentu, penghormatan tertinggi yang diberikan kepada seorang rakyat Malaysia atas usaha meningkatkan pendidikan di peringkat global adalah sungguh membanggakan. Ucapan tahniah oleh rakyat Malaysia kepada pendidik yang paling bermotivasi di pentas dunia. Usaha beliau pasti memberikan hasil terbaik dalam sejarah pendidikan nasional dan global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here