ULAR TEDUNG HITAM DALAM BAJU KANAK-KANAK BERUSIA LAPAN

Johor, Jun24-

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdepan pengalaman ngeri hampir setengah jam apabila seekor ular tedung memasuki baju dipakainya dalam kejadian di Pontian, Johor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pasukan yang ditugaskan menemui seekor anak ular tedung hitam sepanjang kira-kira 0.5m berada di dalam baju mangsa sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Ular itu dipercayai memasuki baju ketika mangsa baring di ruang pantri di rumah itu. Anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak terbabit sebelum menangkap reptilia itu menggunakan penjerut,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.35 tengah hari.

“Hidupan berbisa itu kemudian dilepaskan di lokasi jauh dari perumahan awam. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat 12.56 tengahari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here