BUKAN HANYA JAWATAN NAIB CANSELOR, DISKRIMINASI KAUM TIDAK HARUS BERLAKU DI SEMUA PERINGKAT-ULAS PROFESOR RAMASAMY

Georgetown, 25 Jun-

Tibalah masanya professor-profesor bukan Melayu dilantik sebagai Naib Canselor di universiti kerajaan.

Dasar pemisahan kaum harus diubah bukan sahaja di jawatan naib canselor Universiti kerajaan tetapi juga di semua jawatan kepemimpinan kerajaan yang lain dan semua rakyat Malaysia harus diberi peluang sewajarnya berdasarkan prestasi, kata Timbalan Ketua Menteri Profesor P Ramasamy.

Selaku professor yang berpengalaman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) isu ini telah lama menyuntik sanubari dengan pola tersebut, katanya. Pelantikan sedemikian tidak berdasarkan kepentingan individu, kepentingan kaum malah demi kebaikan negara. Pengasingan kaum bukanlah suatu kemalangan yang berlaku tanpa diduga malah ia merupakan prosedur yang dirancang.

Sejak penggubalan Dasar Ekonomi Negara pada tahun 1970 diskriminasi kaum atau lebih dikatakan  pengasingan kaum dalam perlantikan  golongan professional, akademik dan korporat , dan jawatan-jawatan tertinggi menjadi undang-undang tidak bertulis untuk tidak diberikan kepada kaum bukan melayu selain kaum Melayu.  

Kini perlantikan jawatan dalam kerajaan bagi bukan melayu menjadi seperti bagai bumi dengan langit atau di luar jangkauan.

Beberapa ahli akademik seperti Tan sri Ramon Navaratnam , Tan Sri Dato Sheriff Kassim telah mempersoalkan berkenaan perlantikan  jawatan Naib canselor berikut dengan dakyah Dato Seri Azman Ujang, bekas Pengerusi Bernama. Mereka juga telah menzahirkan ketidak puashatian terhadap penglibatan politik dalam perlantikan jawatan akademik.

Pada 18 Ogos 2020 Dato Takiyuddin Hassan, Menteri Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan statistik bahawa sejumlah 1 245 269 orang menjawat jawatan di sektor awam namun hanya 47, 902 orang sahaja melibatkan kaum India. Seramai 253 orang sahaja menjawat jawatan tertinggi manakala 27, 694 orang terlibat dalam bidang mahir, 19, 694 orang tiada sebarang maklumat manakala 89 orang memiliki kerja kurang mahir.

Perjuangan yang ditunjang berdekad-dekad  seperti kami adalah untuk mewujudkan peluang berdasarkan jasa dan prestasi akademik dan bukannya berdasarkan populasi etnik atau pengaruh politik.

Baru-baru ini keadaan lebih  merosakkan situasi dan impian rakyat semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Ideologi kerajaan dalam jawatan kerajaan diberikan berdasarkan bangsa dan agama harus diubahkan. Perubahan dalam prinsip asas seperti undang-undang tidak tertulis yang ada hanya memerlukan  tempoh masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang kian berubah.

Timbalan Ketua Menteri, Ramasamy menekankan perlunya rancangan jangka panjang dan kerajaan yang stabil dan pemikiran yang jelas di kalangan para pemimpin kerajaan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus  bersikap progresif dan inovatif di dalam pembangunan solusi di peringkat pendidikan tinggi. Pemilih mengikut kebolehan dan ‘skill-sets’ yang telah ditetapkan supaya mereka boleh memacu IPTA lebih berdaya maju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here