IBU TUNGGAL SAKIT BERDERITA DENGAN ANAK PEREMPUAN YANG HILANG INGATAN

Ipoh, Jun 24-

Seorang ibu tunggal telah memetik dedaun dan sayur-mayur di tepi jalan beberapa hari sekali untuk memberi makan kepada anak perempuannya yang mengalami sakit.  Ibu tunggal itu tidak mempunyai cara untuk mendapatkan barang keperluan atau bantuan dari mana-mana pihak.

R Suganthi, 53, tinggal bersama menumpang rumah nenek rakannya di National Garden Apartment di sini, bersama anak perempuannya, S Kyran, 33, sejak awal tahun ini.

Suganthi yang menderita dengan sakit pinggang tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan dan berhenti setelah terlibat dalam kemalangan pada tahun 2014.

“Anak perempuan saya juga terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011. Dia sebelumnya bekerja sebagai jururawat, tetapi kerana kemalangan itu, dia mengalami patah pinggul dan juga mengalami gangguan memori berikutan kemalangan itu. Dia juga tidak dapat berdiri dan duduk terlalu lama.

Kami sering bangun lambat setiap hari untuk mengelakkan rasa lapar pada waktu pagi.

“Biasanya kami bangun lambat untuk mengelakan sarapan pagi kami dan hanya berkongsi biskut pada pukul 2 petang. Sekiranya kami merasa lapar pada waktu malam, kami hanya minum kopi,” katanya ketika ditemui hari ini. 

Suganthi yang sebelumnya menyewa sebuah rumah di Gunung Rapat di sini telah berpindah setelah tidak dapat menampung sewa rumah dan bil elektrik.

“Rakan saya meminta saya tinggal bersama neneknya yang menyewa sebuah pangsapuri di sini dan dia tinggal seorang diri. Rakan saya selalu menolong saya mendapatkan barang keperluan.

“Saya bersyukur, oleh  kerana rakan saya  kami mampu mempunyai atap di atas kepala kami, tetapi berapa lama saya harus tinggal di sini” kata Suganthi dengan penuh kesal.

“Saya tidak mampu membayar separuh sewa di sini, begitu juga dengan bil utiliti.

“Saya harap saya dapat melakukan sesuatu untuk anak perempuan saya, saya perlu mencari pekerjaan yang sesuai dengan keadaan saya” katanya sambil menambah bahawa kadang-kadang, melakukan jahitan mengait untuk mendapatkan sejumlah wang.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 018-470 0389.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here