SJKT Tapah meraih pingat emas dalam Pertandingan Sains, Alam Sekitar, Teknologi Antarabangsa

Tapah, 23 Jun-

Murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tapah  telah memenangi pingat emas dan mengharumkan nama baik Sekolah Tamil.

Persatuan Saintis Muda Indonesia (Mica, IYSA (Indoensia Young Scientist Association), Jakarta Global University menjadi tuan rumah bagi pertandingan Sains, Alam sekitar dan Teknologi  Antarabangsa tahunan yang ke-21secara online.

Sebanyak 288 pasukan dari 21 negara telah mengambil bahagian dalam pusingan akhir pertandingan. Pengetua sekolah, Vanaja Annamalai berkata, murid-murid mencapai kejayaan dan membawa kebanggaan ini dengan penuh cabaran.

Adalah saat yang sungguh  menggembirakan bagi para guru dan murid-murid SJKT Tapah kerana buat kali pertama murid-murid sekolah ini menyertai pertandingan berkenaan.

Gayatri Krishnan dan Yamuna Devi Maniam dua orang guru membimbing dan bekerjasama dengan dua orang murid bernama Divadini Duraisamy dan Jayalakshmi Jayaprakash memenangi pingat emas untuk mencipta sabun semulajadi(Homemade Beetroot Glowing Soap).

Walaupun murid-murid mengikuti pendidikan di rumah, SJKT Tapah tetap meneruskan  kecemerlangan di pelbagai peringkat sebagai sekolah transformasi. Guru besar sekolah Vanaja Annamalai juga mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, guru dan ibu bapa yang berusaha sedaya upaya untuk menyertai pertandingan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here