Miami, Jun 26-
Laporan awal mengatakan hampir 100 orang dikhuatiri mati akibat tertimbus selepas sebuah kondominium 12 tingkat runtuh sebahagian dekat pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
Setakat ini tiga orang dilaporkan meninggal dunia dan 10 lagi cedera dalam kejadian tersebut.
Usaha menyelamat telah ditingkatkan ketika lebih ramai orang terperangkap dalam runtuhan. Kejatuhan bangunan pangsapuri 12 tingkat secara tiba-tiba menimbulkan suasana berasap di seluruh kawasan.
Pada langkah permulaan, anggota bomba telah menyelamatkan lebih 99 orang, termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun. Dikhuatiri ramai lagi orang terperangkap dalam runtuhan. Operasi menyelamatkan mangsa sedang dijalankan di sana.
Bercakap kepada wartawan, ketua bomba Miami-Tat Alan Kominski mengatakan operasi menyelamat dan kru berusaha sejak semalaman pada hari Jumaat.
Penduduk di kawasan berhampiran itu mengatakan bahawa bangunan itu telah dibina 40 tahun dahulu dan sedang dalam proses penyelenggaraan.
Peguam Persatuan Kondomium Kenneth mengatakan bahawa bangunan itu telah menjalani kerja penaik tarafan selama bertahun-tahun, seperti penyelenggaraan konkrit dan pembaikan rutin tetapi tidak pernah berlaku peristiwa yang malang sebegini.
Walter Keller selaku jurutera awam dan perancang bangunan negeri ini mengulas bahawa bangunan-bangunan di Florida perlu dinaik tarafkan bagi setiap 40 tahun demi tujuan keselamatan struktur.
Orang awam yang tinggal berhampiran melaporkan aduan ke atas Pemilik Banguanan kerana tidak mengambil tindakan untuk menaik tarafkan dinding bangunan yang cepat mengikis akibat berhampiran dengan lautan sebelumnya.
Kerja sedang dijalankan di bumbung bangunan, dan pemeriksa bangunan baru-baru ini mengunjungi menara itu, kata Suruhanjaya Permukaan Elena Salhauer.