TINDAKAN KEJAM MERACUNI MAKANAN 10 EKOR MONYET

George Town, 28 Jun –

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam keras tindakan orang yang meracuni makanan dan menyebabkan 10 ekor monyet mati.

Kejadian 10 ekor monyet diracun hingga mati di hutan berhampiran kawasan perumahan di Paya Terbong, Pulau Pinang, telah mengecam oleh banyak pihak, menurut seorang pegawai dari Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. V Subbarao berkata bahawa ia sebagai dosa terbesar sepanjang masa, tidak perikemanusiaan dan tidak akan diampuni oleh Tuhan.

“Tidak ada yang berhak meracuni mahkluk hidupan, apatah lagi monyet. Subbarao mempersoalkan sebab terpaksa meracuni monyet yang tinggal di hutan.

Manusia yang rakus kemodenan menggondolkan hutan dan membina bangunan dan tempat kediaman atas nama pembangunan. Ke manakah hidupan liar itu meneruskan hidupnya lagi? Oleh itu, monyet terpaksa datang ke kota untuk mencari makanan,” katanya.

Tambahnya, CAP meminta orang ramai melaporkan kepada Jabatan Perhilitan sekiranya terdapat gangguan melibatkan haiwan liar seperti monyet di kawasan mereka, bukannya meracuni haiwan tanpa mepedulikan hak haiwan berkenaan.

“Jabatan Perhilitan boleh mengambil tindakan dengan menangkap monyet ini dan melepaskannya di kawasan lain agar tidak mengganggu orang ramai,” katanya.

Anda boleh mengusir monyet dengan mengeluarkan suara supaya menghalau monyet yang datang kerap ke tempat tinggal. Monyet-monyet itu akan melarikan diri sekiranya mereka mendengar suara.

“CAP mengecam perbuatan kejam ini kerana ia merupakan satu pembunuhan ke atas makhluk yang tidak berdosa,” katanya di sini hari ini.

Subbarao merayu supaya sesiapa yang melakukan tindakan keji supaya jangan mengulangi lagi.

Subbarao menambah lagi bahawa kesemua monyet itu dikebumikan serta memberi penghormatan terakhir oleh beberapa orang yang berbaik hati dari kawasan berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here