MHC: Kemungkinan mogok menggambarkan kegagalan pemerintah untuk merawat doktor junior

Kemungkinan mogok oleh doktor junior menunjukkan bahawa kerajaam telah gagal melindungi kesejahteraan mereka dengan secukupnya, kata Gabungan Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh 24 kumpulan dan 10 individu.

Mereka mendesak kerajaan untuk memberikan penyelesaian yang mampu bertahan lama dan syarat pekerjaan yang adil untuk semua profesional kesihatan junior.

Mereka juga memberi peringatan bahawa tekad politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah doktor kontrak ketika ini.

“Isu doktor kontrak dan profesional penjagaan kesihatan lain memerlukan penyelesaian bersama oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mungkin juga perdana mennteri atau Kabinet.

“Lima tahun sistem kontrak menyebabkan ketidakpuasan hati, golongan profesional meninggal perkhidmatan awam dan negara, serta kehabisan tenaga kerja kesihatan.

“Selain itu, jika KKM memang satu-satunya kementerian yang mempunyai jawatan kontrak untuk penjawat awam kelas profesional, ini adalah anomali yang tidak adil. Sistem kontrak mesti diperbaiki secara drastik dengan penyelesaian yang tahan lama dan adil, untuk mengiktiraf semua doktor dan profesional kesihatan untuk perkhidmatan mereka,” kata MHC dalam kenyataannya.

MHC juga mengalu-alukan jaminan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan bahawa pekerjaan dan kenaikan pangkat di KKM berdasarkan prestasi, dan bukannya kaum atau agama.

“Kami menyokong kesaksamaan dan menolak sebarang diskriminasi berdasarkan kaum, agama, jantina,

umur atau ciri lain. Kami meminta ketelusan dalam kriteria dan keputusan untuk pengambilan dan kenaikan pangkat.

“Profesional kesihatan melayani seluruh rakyat, dan tenaga kerja yang pelbagai diperlukan untuk Malaysia yang mempunyai budaya yang pelbagai,” katanya.

Perkembangan ini hadir setelah Ketua Setiausaha KKM Mohd Shafiq Abdullah menjelaskan kenyataan sebelumnya oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan mengatakan bahawa semua pelantikan pegawai perubatan ke jawatan tetap telah dibuat berdasarkan prestasi mereka selama bertugas sebagai doktor pelatih.

Minggu lalu, Adham mengeluarkan kenyataan kontroversial yang mengatakan bahawa kementeriannya mengambil perhatian cadangan Persatuan Doktor Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan Pertubuhan Doktor Muslim Malaysia (PERDIM) untuk membolehkan lebih ramai lulusan perubatan “khususnya di kalangan Bumiputera” berkhidmat dalam jawatan tetap.

Sementara itu, MHC turut berpendapat bahawa sistem kontrak ketika ini membuatkan seakan-akan doktor junior dan profesional kesihatan seperti boleh dikorbankan.

“Kerajaan harus menunjukkan kepemimpinan yang penuh belas kasihan dan bijaksana, dan bukannya mengeluarkan kenyataan akhbar yang tidak sensitif.

“Profesional kesihatan junior telah berkhidmat untuk Malaysia selama wabak ini, dan kita terhutang budi kepada mereka yang harus dilunasi melalui syarat perkhidmatan yang lebih baik.

“Mereka harus diizinkan untuk menyatakan pandangan dan harus didengar, serta diberi saluran untuk menyatakannya tanpa ada tanpa ancaman akan akibat,” kata MHC.

Penandatangan kenyataan MHC itu ialah:

Organisasi:

Academy of Medicine Malaysia
Asthma Malaysia
College of Ophthalmologists
College of Physicians
College of Anaesthesiologists
College of Surgeons
Dermatology Society of Malaysia
Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
Lung Cancer Network of Malaysia
Malaysian Thoracic Society
Malaysian Association for Dental Public Health Specialists
Malaysian Association of Medical Assistants
Malaysian Paediatric Association
Malaysian Pharmacists Society
Malaysian Society of Anaesthesiologists
Malaysian Society of Clinical Psychology
Malaysian Society of Occupational Safety and Health
Medical Mythbusters Malaysia
Medical Practitioners Coalition Assoc of Malaysia
MMA Public Health Society
Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
Public Health Malaysia
Public Health Physicians Association of Malaysia
#OpsHarapan

Individu:

Dr Amar Singh-HSS
Dr Zulkifli Ismail
Prof Dr Ahmad Hata Rasit
Prof Dr Asri Said
Prof Dr Roslina Abdul Manap
Prof Dr Shaiful Bahari Ismail
Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Prof Dr Uma Devi Palanisamy
Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy
Dr Khor Swee Kheng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here