KANISHA MENCAPAI REKOD ANTARABANGSA DALAM PERTANDINGAN PROGRAM NILAM

Alor Setar, 30 Jun-

 Murid Sekolah Tamil Kulim Kanisha Thirumaran menyertai diri dalam Pertandingan Program Nilam dan telah mencipta rekod antarabangsa dalam pertandingan ini, kata guru besar sekolah, Puan Malarvizhi  Subramaniam.

Kanisha baru-baru ini membaca buku di peringkat antarabangsa, menyusun idea kandungan, membuat video supaya mempermudahkan orang lain membaca buku berkenaan dalam pertandingan Nilam Antarabangsa.

Video berkenaan dipilih untuk pertandingan memenangi  tempat pertama  kerana layak untuk mengubah kemampuan membaca pelajar lain.

Sekolah Tamil Kulim telah mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan dengan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pelajar itu yang kini di tahun enam telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri Kedah dan juga tempat pertama di daerah Bandar Baru Kulim.  

Puan Mallika, seorang guru di Sekolah Tamil Ladang Sungai Ular menjadi inspirasi untuk menyertai pertandingan ini pada peringkat global.

Sumber dan panduan kejayaan pelajar ini adalah guru-guru Sekolah Tamil Kulim Puan Logeswari Rajendran, Puan Kiran, semua guru-guru dan ibu bapa.

Guru-guru sekolah ini akan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan perkembangan pelajar kata guru Ramachandran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here