KERAJAAN HARUS MENITIPKAN HAK KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG KAD PENGENALAN MERAH.

Georgetown, 30 Jun –

Menurut laporan  Parlimen 2019 lebih daripada 260, 000 ribu orang mempunyai kad pengenalan merah. Pada krisis yang penuh tegang kerajaan Pulau Pinang menuntut prihatin terhadap rakyat yang memiliki kad pengenalan merah .

Bekas pegawai hak  kerakyatan Negeri Pulau Pinang K. Krishnasamy, berharap bahawa rakyat yang memegang kad pengenalan merah turut memanfaatkan dengan dana yang disalurkan  oleh kerajaan.

Pada hal, rakyat yang kurang bernasib baik ini langsung tidak menerima sebarang bantuan kerajaan. Pemegang kad pengenalan merah juga bermastautin di Malaysia  lebih separuh abad. Mereka juga menerusi pelbagai kekangan hidup untuk menyara keluarga serta diri sendiri.  

Kerajaan harus menitipkan hak rakyat negara supaya mereka dapat memanfaatkan dana bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada tempoh yang sungguh mencabar ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Hindu Pulau Pinang, Dinesh Varman, Ahli Jawatankuasa Eksekutif  Sri Amman Pulau Pinang, T. Marimuthu, Pengerusi Kuil Sri Muneeswarar Bukit Mertajam Railway Dato Devendran, Kavichithar P K Malaiarasan Anggota Gerakan Budaya Tamil Pulau Pinang S. Kumaresan menzahirkan pandangan kepada kerajaan.

Sungguhpun, tidak wajar bagi mereka yang dilahirkan di Malaysia juga sama sekali diberikan kad pengenalan merah. Ekoran daripada itu, mereka mengalami  kesulitan besar semasa krisis ini.

Kerajaan menunjang amanah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat  yang tinggal di sebuah negara. Berdasarkan itu, kerajaan harus memberi bantuan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka.

Pada masa yang sama, kerajaaan  harus mempertimbangkan permohonan semua pemegang kad ID merah dan membantu mereka mendapatkan kad ID Mycard secepat mungkin. Sejurus dengan pemberian vaksin, pemerangan Covid-19 kerajaan juga harus menitikberatkan isu hak kerakyatan yang dihadapi oleh rakyat hidup dalam kelam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here