COVID-19: KES BAHARU MENGHAMPIRI 6,988 KES

Putrajaya, Julai 1 –

Sebanyak 6,988 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 758,967 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 2,885 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 988 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 692 kes.

“Seterusnya Sarawak (544 kes), Melaka (311 kes), Johor (270 kes), Kedah (250 kes), Sabah (232 kes), Pahang (195 kes), Pulau Pinang (174 kes), Perak (149 kes), Labuan (129 kes) dan Kelantan (108 kes).

“Terengganu pula (50 kes), Putrajaya (10 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here