KES PECAH RUMAH SEMAKIN TERUK DI PANGSAPURI SRI PULAI

Balakong , Julai 1 –

Sekumpulan sindiket pecah masuk rumah melalui bumbung di kawasan penempatan di Pangsapuri Sri Pulai menambah buruk keadaan lagi diikuti dengan masalah kesihatan kata penduduk -penduduk yang resah. 

Berikutan itu, mangsa mengatakan bahawa bumbung rumah dipecahkan dan dicuri oleh beberapa orang yang tidak dikenali.

“Kecurian yang membabitkan peralatan elektrik, barangan besi, barangan kemas milik penduduk oleh sekumpulan sindiket yang tidak dikenali menyebabkan penduduk hidup dalam kesengsaraan” 

Penduduk pangsapuri Sri Pulai menghadapi pelbagai masalah termasuk masalah kesihatan akibat isu kebersihan, sampah sarap di merata tempat di kawasan persekitaran  serta kegiatan kecurian yang aktif antara aduan yang diketengahkan oleh penduduk pangsapuri itu,  tambah Ravi Subramaniam, Subramaniam,  Kaveri, Poovendran Raju, Raja Suriya Narayanan, Samsul, Nandagopal Gopalakrishnan,Anthony Samy , Artputasamy, Hariharan Rao Suparao dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Penduduk menyedari bumbung telah terbuka dan terdapat kesan umpil,” katanya pengadu.

Sementara itu, mangsa memerlukan banyak wang untuk memasang semula bumbung dan bagi kerja memperbaiki wayar. Mereka mengatakan bahawa sudahlah  tidak ada pekerjaan dan tidak ada pendapatan pada tempoh di bawah Perintah Kawalan Gerakan  sebegini keadaan meratapi lagi kehidupan kita.

Penduduk Penduduk Pangsapuri berharap dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk masyarakat.Sementara itu, mereka meminta pihak-pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here