Georgetown, 2 Julai –
Kempen bendera putih atau #benderaputih di seluruh negara telah dilancarkan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik serta ia juga suatu penamparan hebat bagi menentang ketidakaktifan kerajaan pusat untuk keperluan sosial untuk mencegah kesan buruk wabak Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Profesor Ramasamy.
Beliau mengulas lanjut bahawa kempen bendera putih adalah seperti pendulum kehidupan manusia, seperti yang dikatakan oleh Karl Polanyi mengenai ayunan. Sekiranya masyarakat didorong ke ambang kehancuran, akan selalu berlaku pergolakan untuk memperbaiki keadaan.
Kempen bendera putih menerima sokongan kuat daripada kalangan masyarakat dimana kerajaan tidak mampu memperbaiki atau menguruskan keadaan yang disebabkan pandemik.
Oleh itu, dengan kata lain, dapat dikatakan bahawa inisiatif bendera putih dibuat untuk memperbaiki ketidakseimbangan kewangan di negara yang sepatutnya dibetulkan oleh kerajaan, kata Profesor Ramasamy.
Sebenarnya, kerajaan meremehkan kekuatan masyarakat dalam pelaksanaan gerakan sehingga beberapa lagi syarikat perniagaan tampil untuk menyokong inisiatif setelah tular beberapa hari yang lalu di media sosial.
Profesor Ramasamy memberi keyakinan bahawa kempen Bendera Putih yang dilancarkan beberapa hari yang lalu dapat membantu golongan masyarakat, keluarga dan individu yang terjejas secepat mungkin. Ekoran daripada itu, kita dapat mengurangkan penderitaan dan keperitan mereka yang terkesan.
Keadaan mengibarkan bendera putih tidak akan wujud sekiranya kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya dengan jujur . Kempen ini penting dalam dua aspek iaitu mencerminkan masalah kewangan di kalangan masyarakat dan kedua memperlihatkan ketidakjujuran kerajaan dalam mengendalikan tularan penyakit tersebut.
Hari ini keadaan di negara ini sangat teruk sehingga rakyat diminta menunjukkan bendera putih di hadapan kediaman mereka untuk bantuan segera. Profesor Ramasamy menjelaskan bahawa kerajaan berulang kali mempedayakan rakyat dengan ketidaksahihan.
Walaupun kerajaan mengadakan pelbagai persidangan tidak sesiapa pun belum dapat mengawal krisis yang dihadapi oleh masyarakat.
Sementara itu, rakyat menghadapi hilang rezeki, menganggur, perniagaan ditutup, masalah rumahtangga, kes bunuh diri meningkat adalah antara kesan buruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan.
Tambahan pula, kerajaan tidak menzahirkan respons yang bijaksana terhadap kesulitan harian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia selain daripada langkah-langkah standard yang telah diumumkan.
Kempen bendera putih memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak akan kehilangan segalanya. Pada hakikatnya, kerajaan dan ahli-ahli politik mengundang nama buruk serta zalim menguasai politik. Manakala kempen bendera putih ini memberi inspirasi kepada rakyat.
Berita baiknya adalah bahawa bendera putih menunjukkan respons positif dari keluarga dan individu yang terjejas. Keluarga dan individu yang memerlukan bantuan terus kekal mengibarkan bendera putih. Bayangkan mendapat bantuan daripada agensi kerajaan dengan mengisi borang malambak secara online lagi, menunggu lama untuk menerima bantuan.
Walaupun beberapa ahli politik, seperti Menteri Besar Kedah Mohammed Sanusi, mendesak rakyat untuk menjauhkan diri dari kempen bendera putih, dengan menyatakan bahawa ia adalah kempen menentang kerajaan Barisan Nasional. Namun, desakan dan ujaran sebegini harus segera didedahkan oleh warga netizen.
Keluarga dan individu yang terjejas harus mengibarkan bendera putih supaya mendapatkan bantuan.