PHUKET BUKA PENERBANGAN ANTARABANGSA HARI INI

Bangkok  2 Julai-

Phuket mula sambut ketibaan ratusan pelancong hari ini, menerusi projek perintis “Phuket Sandbox” untuk merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

Buat pertama kali selepas 15 bulan, akhirnya pada jam 11.10 (waktu tempatan Malaysia ) Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket menyambut ketibaan pelancong antarabangsa dari Ethihad, Abu Dhabi  yang membawa 25 penumpang.

Ia adalah penerbangan pertama dari empat penerbangan. Kira-kira 400 dari Doha, Tel Aviv, Singapura,Abu Dhabi yang sudah lengkap divaksin dijadual tiba  di phuket hari ini.

Perdana Menteri Prayuth Chan o –Cha berlepas ke pulau itu untuk melancarkan pembukaan semula pulau peranginan yang menjadi daya tarikan utama pelancongan dalaman dan luaran.

Beliau menggesa orang ramai untuk mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan untuk membolehkan lebih banyak destinasi pelancongan di negara ini dibuka semula pada petengahan Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here