Petaling Jaya, Julai 14-
Penyerahan memorandum gabungan 50 NGO dan orang awam kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni di istana negara pada pagi ini merupakan langkah menyeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menterinya berundur secara terhormat sebelum 16 Julai.
Wakil rakyat turut menzahirkan luahan dan tekanan yang dialami oleh rakyat Malaysia baru-baru ini yang tidak pernah melanda negara sejak kemerdekaan.
Dr Maimunah Maidin, Pengerusi Biro Politik Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia menunjukan ketidak puashatian terhadap lonjokan rekod kes yang semakin meningkat, kes kematian yang tinggi, kes bunuh diri, krisis ekonomi, krisis politik, krisis kesihatan ekoran peningkatan kes dan pengibaran BenderaPutih adalah adalah antara scenario yang takuk lama dan rakyat dimomok keadaan akan menjadi lebih buruk lagi.
Manakala Mustafa Mansor Bin Amir Mohd Isa, Ketua Kordinator NGO Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat meluahkan keperitan yang dihadapi oleh rakyat susulan dengan mainan politik oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga menyatakan kerajaan yang tidak ada keabsahan menghanyutkan lagi kedaan negara dalam kenyataan media setelah penyerahan memorandum pagi tadi.
Orang awam dan warga netizen berharap YDPA memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk membendung covid -19 supaya dapat meringankan bebanan rakyat.
Motif utama penyerahan memorandum adalah untuk menunjukkan rasa ketidak puasa hatian rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Malaysia.
“Perdana Menteri, Tan sri Muyiddin Yassin harus mengambil satu keputusan pengunduran diri secara hormat demi kebaikan rakyat dalam masa dua hari lagi” kata Mustafa Mansor juga penyelaras dan wakil Persatuan – persatuan lain.
Beliau juga menyeru rakyat supaya mengibarkan bendera putih di rumah masing-masing untuk menunjukkan tanda solidariti dan sikap ketidak puasan seperti berpakaian putih, mengibarkan bendera putih dan bertudung putih dan bukan secara provokasi.
“Saya menyeru seluruh rakyat jika tiada perubahan sehingga Jumaat, Perdana Menteri tidak mahu berundur secara terhormat atau tiada sebarang perubahan, kita bersama-sama di rumah masing-masing mengangkat bendera putih tanda solidariti,” katanya.
Selain ini, petugas barisan hadapan kesihatan letih dan tertekan akibat peningkatan jumlah pesakit kes Covid-19. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa berdepan lebih banyak ‘hukuman’ apabila Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan bilangan jangkitan melonjak dalam tempoh dua minggu lagi. Sistem kesihatan awam turut berada di ambang lumpuh apabila keperluan rawatan pesakit tergugat akibat kekurangan sumber dan kakitangan.