HAMPIR 50 PERATUS HOTEL BAJET GULUNG TIKAR

Nilai, Aug 4-

Industri perhotelan bajet di Seremban dianggarkan kehilangan pendapatan lebih RM 55 million sejak Januari sehingga Julai berikutan sekatan pergerakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Keadaan lebih buruk lagi apabila hampir 50 peratus hotel bajet daripada 200 hotel di seluruh negeri terpaksa gulung tikar sepenuhnya selepas berdepan tempoh getir susulan gelombang wabak berkenaan. Separuh lagi masih berfungsi secara medium dengan dikhaskan untuk pusat kuarantin bagi pesakit Covid -19.

Dalam tempoh PKP, keruduman industri pelancongan, larangan rentas negeri berpanjangan menyebabkan hotel ketiadaan pelanggan selain turut kehilangan punca pendapatan daripada restoran, penganjuran majlis, konvensyen, mesyuarat serta lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel bajet Negeri Sembilan, Suresh berkata, baru-baru ini industri pelancongan kerajaan Negeri Sembilan memperuntukan dana kewangan bagi mengurangkan beban sebanyak 50 peratus bagi pemain industri dengan mengurangkan cukai persendirian.

Selain daripada itu, ingin menegaskan bahawa bantuan sekali yang diberikan oleh kerajaan Negeri sebanyak RM 2,000 bagi 70 buah hotel hanya milik  Persatuan Hotel budget Negeri Sembilan ini.

Dalam tempoh PKP, keruduman industri pelancongan, larangan rentas negeri berpanjangan menyebabkan hotel ketiadaan pelanggan selain turut kehilangan punca pendapatan daripada restoran, penganjuran majlis, konvensyen, mesyuarat serta lain-lain.

Mengulas lanjut, Suresh berkata, Tenaga Nasional Berhad menawarkan 10 peratus pengecualian bayaran  bagi menanggung kos elektrik.

“Setiap kali PKP diumumkan, hotel menerima pembatalan tempahan dan juga tidak dapat tempahan awal disebabkan keadaan yang tidak menentu.

“Industri perhotelan mengalami masalah aliran tunai disebabkan kehilangan pendapatan.

Lebih-lebih lagi seramai 500 pekerja yang bergantung pada industri perhotelan turut kehilangan punca pendapatan.

“Kebanyakan hotel masih berusaha untuk kekal beroperasi dengan pekerja sedia ada, namun tidak berkemampuan untuk menanggung kos operasi termasuk sumber manusia.

“Tawaran bank sekarang dengan kadar faedah tinggi menyebabkan pinjaman lebih tinggi untuk hotel dan pekerja industri ini,” katanya ketika dihubungi makkal osai, semalam.

Bayaran kos berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta cukai pendapatan turut diambil kira dalam menaggung kos operasi.  

Selain itu, beliau juga berkata, , kadar pemulihan sektor pemulihan hotel budget amat rendah.  Ditanya mengenai cadangan untuk membantu sektor perhotelan terus kukuh, beliau berkata, kerajaan perlu memberi subsidi perniagaan kepada syarikat perhotelan yang kehilangan pendapatan harian secara purata sehingga 50 peratus berikutan pelaksanaan PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here