LELAKI NIGERIA HUKUM GANTUNG MATI MEMBUNUH KETUA JURURAWAT

Shah Alam, Aug 4-

Lelaki Nigeria dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang mayatnya ditemukan dalam unit kondominium dekat Cyberjaya, tiga tahun lalu.

Hakim H Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Alowonle yang memakai pakaian penjara warna putih kelihatan menangis sebaik keputusan hukuman dijatuhkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Alowonle didakwa menyebabkan kematian Siti Kharina, 40, di Tower 1, Third Avenue Kondominium, Cyberjaya, di sini, antara jam 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, pada 15 Mei 2019.

Tertuduh yang diwakili peguam, Shafinah Taib dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh.

Bagaimanapun mahkamah menangguh keputusan hukuman gantung itu sehingga keputusan rayuan yang akan difailkan peguam tertuduh.

Sementara itu, adik mangsa, Siti Khairani Mohd Kamarudin, 38, berkata, selama ini mereka mendoakan keadilan dalam kes kakaknya.

“Tidak kira siapa yang menang sama ada dia atau kakak saya namun kita mahu keadilan.

“Saya harap keputusan ini yang terakhir dan tidak perkara berkait lagi selepas ini,” katanya.

Terdahulu Siti Khairani turut menangis kegembiraan sebaik hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh

Siti Kharina, yang hilang pada 8 Mei 2019 ditemukan meninggal dunia dengan kesan kelar di bahagian dada, dipercayai dibunuh dalam unit kondominium disewanya dekat Cyberjaya, pada 15 Mei 2019.

Mayatnya ditemukan pemilik rumah sewa berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang, selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada satu pintu rumah itu sebelum menghubungi polis.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria di Taman Damai Indah, Cheras, pada jam 3 pagi, 16 Mei sebelum menahan seorang lagi lelaki warga Pakistan di Taman Sri Rampai, Setapak, sejam kemudian.

Suspek lelaki warga Nigeria itu pula ditahan jam 3.30 petang hari sama di kafe pusat beli-belah Cheras Sentral, Cheras.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here