KAKITANGAN RESTORAN PULAU PINANG MASIH MENUNGGU GILIRAN VAKSINASI

Georgetown, Ogos. 13-

Kebanyakan pengusaha restoran dan kedai makan di sekitar Pulau Pinang masih belum bersedia untuk membenarkan pelanggan makan di premis (dine-in) walaupun kerajan telah membenarkan negeri-negeri Fasa 2 dan Fasa 3 untuk dine-in di restoran.

Seorang pemilik Restoran Nasi Kandar di Seberang prai berkata dia masih belum bersedia untuk memulakan kembali operasi kedai makan kerana bimbang terdapat kes positif Covid-19 di kawasannya.

Menurutnya, restorannya setakat ini hanya membenarkan pelanggan untuk bungkus sahaja kerana dia sendiri belum lengkap suntikan vaksin Covid-19 dan janji temu dos kedua adalah pada bulan depan.

“Memang tidak berani buka (kedai) sebab ada kes (positif Covid-19) di sini. Tapi bagi saya lebih baik bungkus saja sebab lebih selamat, pinggan pun tak perlu basuh,” katanya ketika dihubungi.

Mereka menuntut agar kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi vaksin kepada kakitangan restoran sebagai masyarakat umum supaya terus memberikan layanan istimewa kepada pelanggan dengan dine-in dalam keadaan normal.

 “Cara terbaik untuk mencegah penyebaran jangkitan Covid-19 adalah dengan membeli makanan dalam bungkusan kerana kurang berisiko” kata pemgusaha Restoran Saleem.  

Dato Sahabuddin, pengusaha Pelita Samudra, Restoran Nasi Kandar yang lain di Taman Bukit Minjang, berkata  bahawa perkhidmatan itu tidak dilaksanakan pada masa ini kerana perkhidmatan dine-in dianggap tidak selamat dan sukar untuk mengawal kejadian jangkitan.

Restoran Nasi Kandar seperti Nasi Kandar Deen dan Hamidiah di Pulau Pinang hanya menawarkan makanan yang berbungkus. Mohammad Riyaz Ngtei Ibrahim, pengarah Restoran Hamidia di Campbell Street, berkata 30 kakitangannya belum diberi vaksin dan hanya 10 yang mendapat vaksinasi pertama.

Dia berkata bahawa pelanggan tidak dipaksa untuk duduk di restoran dan makan sementara kakitangan mereka tidak diberi vaksin sepenuhnya.

Sementara itu, tinjauan Makkal Osai di sekitar George Town juga mendapati kebanyakan kedai makanan mahupun restoran terletak di dalam pusat beli-belah di Persiaran Gurney juga tidak membenarkan pelanggan makan di premis mereka atas alasan pekerja sendiri masih belum lengkap vaksinasi. Turut dapat melihat tekanan pelanggan terhadap perkhidmatan di gerai cendol di Jalan Pinang.

Ahad lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran kepada penerima lengkap vaksin Covid-19, membabitkan kemudahan kepada mereka yang lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk makan di restoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here