Anak sulung bekas Mufti Perak meninggal dunia kerana Covid-19

Anak sulung bekas mufti Perak Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia awal pagi tadi akibat Covid-19. Perkara itu dimaklumkan adik bongsunya Ahmad Wafi, 44, bahawa Abdul Hakim menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 pagi.

Akhir Mei lalu media melaporkan Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat Covid-19 yang ketika itu turut menjangkiti isterinya, Ainon Abdul Ghani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here