COVID-19: 22,070 KES  KUALA LUMPUR CATAT KES EMPAT ANGKA

Petaling Jaya, Ogos 27-

Kementerian Kesihatan melaporkan 22,070 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,662,913 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,920 kes.

Ia disusuli Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Terengganu (488), Negeri Sembilan (338), Perlis (76), Putrajaya (39) dan Labuan (8).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Perlis hari ini adalah rekod tertinggi di negeri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here