COVID-19: 21,176 KES BARU, JANGKITAN DI SARAWAK KEKAL ATAS 3,000

Petaling Jaya, Sept 10-

Sebanyak 21,176 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,940,950 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes harian di Sarawak kekal atas 3,000 dengan 3,734 kes, manakala Johor 2,297 kes dan Sabah 2,246 kes.

Selangor pula merekodkan kenaikan dengan 3,595 kes dan Kuala Lumpur 467 kes.

Status KKM kapasiti katil Covid-19, vaksin:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 9 September 2021, 5pm)

  • Penggunaan katil Bukan ICU (kes disahkan Covid-19) 77 peratus
  • Penggunaan katil ICU (kes disahkan Covid-19) 82 peratus

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 9 September 2021, 11:59pm)

  • peratus Populasi Keseluruhan – 1 dos 64.5 peratus
  • peratus Populasi Keseluruhan – lengkap 51.1 peratus
  • peratus Populasi Dewasa – 1 dos 90.0 peratus
  • peratus Populasi Dewasa – lengkap 71.3 peratus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here