Ibu kepada 4 orang anak meninggal, 3 ahli keluarga tercampak keluar

Ibu kepada empat anak maut selepas kereta dinaiki bersama suami, anak bongsu serta ibunya terbabas dalam kejadian di Sik, petang semalam.

Mangsa, Siti Fatimah Md Noor, 30, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala suami yang juga pemandu kereta, Mohd Zamani Md Saad, 35, bayi berusia lapan bulan serta ibu, Rokayah Che Oon, 60, mengalami kecederaan selepas ketiga-tiganya tercampak keluar dari kenderaan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik Abdull Razak Osman, kejadian berlaku ketika empat sekeluarga itu dalam perjalanan ke Pekan Sik dari rumah di Kampung Belantik dengan menaiki Proton Waja.

Sebaik tiba di selekoh, kereta dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar penghadang besi. Akibat pelanggaran itu, pemandu, bayi lelaki berusia lapan bulan dan ibu mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Mangsa yang tercampak keluar itu mengalami mengalami kecederaan manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here