Semak di MySejahtera, bukan dari tangkapan skrin, Khairy mengingatkan pemilik premis

Pemilik premis dinasihatkan supaya memeriksa sijil digital vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera, bukan daripada tangkap layar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, ia bagi mengatasi isu penyalahgunaan atau penipuan sijil digital yang mula dikesan sejak kebelakangan ini.

Khairy menjawab pertanyaan Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta kerajaan menyatakan langkah bagi mengatasi isu penyalahgunaan atau penipuan sijil digital vaksinasi Covid-19. Sementara itu, Khairy berkata, sekiranya seseorang pemilik sijil digital mendapati sijilnya disalah guna atau berlaku pemalsuan sijil manual, mereka boleh membuat laporan kepada pihak polis.

 

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa seorang individu sudah dijatuhi hukuman penjara manakala sembilan yang lain dituduh di mahkamah kerana memalsukan sijil vaksinasi.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan mengikut negeri, 10 individu berkenaan membabitkan seorang individu di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) dan Sabah (dua). Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak dan mahkamah sudah membuat sabitan dengan menjatuhkan hukuman penjara, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here