IBU DITUDUH BUNUH BAYI GUNA TISU TANDAS

Tokyo, Sept 17-

Seorang wanita di Jepun didakwa membunuh bayinya dengan melemaskan mangsa menggunakan tisu tandas di sebuah lapangan terbang.

Koyuri Kitai, 23, melahirkan bayi itu di Lapangan Terbang Haneda pada 2019.

Ketika kejadian, dia panik sebelum membunuh anaknya.

Dia menanam mayat bayi itu di kawasan taman berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Ketika kejadian, bekas penuntut universiti itu dalam perjalanan ke Tokyo dari rumahnya di Kobe untuk menghadiri temu duga kerja.

Namun dia melahirkan bayinya sebaik tiba di lapangan terbang.

Dalam laporan stesen penyiaran Jepun, NHK, Kitai memaklumkan kepada Mahkamah Daerah Tokyo, dia tidak mahukan bayi itu dan tiada pilihan selain membunuhnya.

“Doktor memberitahu saya tidak boleh menggugurkan kandungan dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jika saya beritahu keluarga sudah tentu mereka terkejut dan saya tidak berani bercerita mengenai kelahiran bayi ini,” katanya.

Bayi perempuan itu ditemui ditanam di Minato, sebelum Kitai ditahan pada November tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here