MENTERI PENDIDIKAN HARUS MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA TERHADAP ISU DISKRIMINASI PELAJAR INDIA.  

Klang, 20 September-

Sekumpulan aktivis pendidikan dan badan bukan kerajaan (NGO)          ‘Pertubuhan Belia Sekolah Semua’  berpandangan isu diskriminasi semakin  berleluasa  terhadap pelajar India di kalangan warga sekolah.  

Mereka berpendapat bahawa isu ini merupakan suatu isu yang hangat di negara ini malah masyarakat India kurang berpuas hati dengan tindakan warga sekolah . 

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam juga menunjukkan keprihatinan KPM yang mendengar keluh kesah, kebimbangan dan cadangan pihak berkepentingan ketika sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Keputusan itu diambil berdasarkan hasil penelitian, kajian dan libat urus dijalankan secara menyeluruh pihaknya bersama 1,700 pihak berkaitan pendidikan, membabitkan guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kesatuan dan persatuan pendidikan.

Pada 18 September, Sabtu sekumpulan aktivis pendidkan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa tidak puas hati dan ibu bapa menunjukan kemarahan mengenai isu ini. Termasuk aktivis sosial, individu, ahli bahasa dan pemimpin gerakan menyatakan rasa tidak sambut baik anak-anak India.

Adalah  adil untuk menyemai diskriminasi dan meminggirkan pelajar India di Malaysia. Pendidikan harus diberikan samarata kepada semua kaum.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang dan aktivis sosial M. Sundararaju, ahli Jawatankuasa parti Pusat PRM Jayachandran Vadivelu, P Ilangovan,  Ketua Persatuan Hindu kawasan Kapar Arulnesan Jayapalan, Kanmani  Letchumanan dan Gunaseelan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka. Menurut kajian jangka pendek yang telah dijalankan sebanyak  87 peratus pelajar India di negara ini mengalami diskriminasi di sekolah dan 69 peratus disebabkan oleh kerana warna kulit  65 orang kerana kepercayaan agama mereka.

Hasil kes kajian yang dijalankan terhadap 2,441 pelajar dari 1 September hingga 10 September berlokasi di Klang mengecam masalah, cara kelayanan mereka di sekolah dan kata-kata kesat yang digunakan terhadap pelajar India di sekolah. Ada berjuta-juta pelajar lagi yang tidak berani menyatakan kebenaran yang menekankan emosi para pendidik.  

Pelajar yang mengalami diskriminasi kebanyakan berkata mereka dicaci dengan warna kulit,  penampilan  sehingga kata-kata kesat  “sangat menyakitkan” malah pelajar-pelajar itu menyeru kepada Menteri Pendidikan Dato Dr Mohd Radzi Jidin untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu ini dengan segera.

Tidak pernah sebarang tindakan diambil jika masalah itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Sundararaju, Arulnesan, Ilangovan dan Kanmani berkata bahawa Menteri Pendidikan harus mengambil tindakan segera bagi merungkai masalah ini sejak alam persekolahan lagi.

Menurut kajian pelajar berlapang dada untuk berkongsi pengalaman dan menyatakan bahawa 74 peratus insiden berlaku dengan pengetahuan guru serta akibat kecuaian para guru. Guru-guru yang kurang bertanggungjawab turut menjadi penyokong ke atas isu diskriminasi di sekolah. 

Bagaimanapun, saya merasakan KPM perlu menerangkan secara terperinci akan tindakan yang akan diambil bagi mengekang isu sebegini terus berlaku.  Jayachandran dan Gunaseelan meminta pihak berkuasa KPM untuk mengambil tindakan tegas seperti melucutkan guru yang membawa isu perkauman dan diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu bukan sahaja di sekolah mahupun di  pusat pengajian tinggi. 

 Negara kita tidak dapat mencatatkan rekod dunia jika gagal melahirkan  pendidikan yang sihat.  KPM harus diingati bahawa  diskriminasi ini jika berterusan ia  menghancurkan dasar yang didukung oleh Perdana Menteri kita iaitu ‘keluarga Malaysia’ yangdisambut baik oleh semua pihak yang menyifatkan akan menanam  langkah pembaharuan dalam akademik. India masih mencatatkan pelbagai sejarah di arena dunia walaupun melalui pelbagai kesengsaraan.

Aktivis pendidik berkata bahawa jika tidak ada pecah belahan sebegini pelajar India mampu mencipta banyak lagi pencapaian dan mengharumkan nama baik kepada sekolah dan negara di pentas dunia.

  

   கடந்த செப்டம்பர்  1ஆம் தேதியிலிருந்து 10ஆம் தேதிவரை அந்த அரசுசாரா இயக்கம் மேற்கொண்ட  குறுகிய கால ஆய்வில் 2,441 மாணவர்கள் பங்கெடுத்து தங்களின் மன உளைச்சலை வெளிப்படுத்தியுள்ளனர். இன்னும் தங்களின் மனக்கிடக்கை வெளிப்படுத்த முடியாமல் பல லட்சம் மாணவர்கள் தங்களின் மனக்குமுறலை அடக்கி வைத்துக் கொண்டு  திரைமறைவில் இருந்து வருகின்றனர்.  சுடும் வார்த்தைகளால் 54 விழுக்காட்டு மாணவர்கள் வேதனைப்படும் வேளையில் தங்களின் நிறம் மற்றும் தோற்றத்தால் வாய்ப்புகள் மறுக்கப்படுவதாக 40 விழுக்காட்டினர் முறையிட்டுள்ளதுடன்  அவ்விவகாரம் குறித்து  சம்பந்தப்பட்ட அதிகாரிகளிடம் புகார் தெரிவித்தாலும் எந்தவொரு நடவடிக்கையும் எடுப்பதில்லை என குறிப்பிடப்பட்டிருப்பது மிகுந்த வேதனையை  அளிப்பதாக தெரிவித்த அவர்கள் கல்வி அமைச்சர் டத்தோ டாக்டர் முகமட் ரட்ஸ ஜிடின் உடனடியாக இதற்கு ஒரு தீர்வு காண வேண்டும் என கேட்டுக் கொண்டனர். 

இந்த பாகுபாட்டிற்கு 74 விழுக்காட்டினர் ஆசிரியர்களே காரணக்கர்த்தாக்கள் என மாணவர்கள் துணிந்து கூற முன்வந்திருப்பதை கல்வி அமைச்சர் முக்கிய பதிவாக கவனத்தில் கொண்டு அடுத்தக்கட்ட நடவடிக்கைகளுக்கு துரிதமாக செயல்பட வேண்டும்  என சுந்தரராஜு, அருள்நேசன், இளங்கோவன், கண்மணி. ஜெயசந்திரன், குணசீலன் ஆகியோர்  கேட்டுக்கொண்டனர்.  இடைநிலைப்பள்ளிகளிலும் உயர்க்கல்விக் கூடங்களிலும் இனபேதமற்ற முறையில் ஆசிரியர்களை நியமித்தால் இத்தகைய பாகுபாடுகள் குறையும் எனவும் குறிப்பிட்டனர். 

  அனைவரும் மலேசியக் குடும்பம் என்ற பிரதமரின் கோட்பாட்டிற்கு குந்தகம் விளைவிக்கும் வகையில் அமையும்  இந்த பாகுபாடுகள் தொடர்ந்தால் ஆரோக்கியமான கல்விச் செல்வங்களை நம் நாடு காண முடியாது. இத்தகைய இடர்பாடுகளையும் தாண்டி கல்வி ஒன்றே குறிக்கோள் என  பயிலும் இந்திய மாணவர்கள் அதில் ஜெயித்தும் காட்டியுள்ளனர். இத்தகையப் பிரித்தாலும் பேதம்  இல்லையென்றால் நம் மாணவர்கள் மேலும் பல   சாதனைப் படைப்பார்கள்  நாட்டிற்கும் நற்பெயரை வாங்கிக் கொடுப்பார்கள் உலக அரங்கில் நம்நாட்டின் பெயரும் பிரகாசிக்கும் என அவர்கள் தெரிவித்தனர்.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here