1 maut, 1 cedera terjatuh buaian berpusing pesta ria

Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria berhampiran sebuah pusat beli-belah di Cheras Selatan, dekat Kajang tengah malam tadi. Mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah malam, daripada lelaki pekerja pesta ria berkenaan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Kita masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui punca sebenar ia berlaku sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik pesta ria atau mangsa sendiri. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). untuk tindakan lanjut dan bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian.

Seorang lagi mangsa turut dibawa ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR), katanya dalam kenyataan, hari ini. Mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here