Pengundian awal PRN Sarawak bermula jam 7.30 pagi

Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN-12) yang membabitkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula jam 7.30 pagi ini.

Ia membabitkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan. Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga jam 5 petang ini.

Sejumlah 349 calon bertanding dalam PRN-12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here