Rebat 100 peratus bil elektrik Disember untuk mangsa banjir

Hulu Langat: Rebat 100 peratus secara sekali beri atau ‘one-off’ bagi bil elektrik Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir. Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here