Bomba pantas padam kebakaran Kuil Kek Lok Si

Georgetown, Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kuil berusia lebih 130 tahun, Kek Lok Si di Air Itam, di sini, tengah malam tadi.

Kebakaran di pavilion yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin, iaitu patung dewi yang terbesar dan tertinggi di dunia.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Shahril Anuar Mawardy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.38 tengah malam.

Katanya, anggota BBP Bayan Baru turut membantu di tempat kejadian sejurus menerima panggilan. “Terdahulu kita menerima panggilan mengenai kebakaran kuil yang terletak di puncak bukit Jalan Balik Pulau-Kampung Pisang, Air Itam, di sini.

“Terdahulu kita menerima panggilan mengenai kebakaran kuil yang terletak di puncak bukit Jalan Balik Pulau-Kampung Pisang, Air Itam, di sini.

Ketika di lokasi, didapati kebakaran berlaku di bahagian pavilion yang menempatkan patung dewi terbesar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahril Anuar berkata, kebakaran itu membabitkan keluasan kira-kira 30 meter dan api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian.

Katanya, kebakaran hanya memusnahkan meja dan perkakasan sembahyang dan tidak membabitkan struktur.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1.07 pagi sebelum anggota melakukan proses ‘overhaul’ bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan mangsa atau kemalangan jiwa dan operasi tamat pada jam 1.30 pagi,” katanya.

Kuil berkenaan pernah mengalami kejadian sama pada 12 Oktober tahun lalu yang membabitkan 70 peratus kemusnahan.

Kuil Kek Lok Si yang menjadi tarikan ikonik di Pulau Pinang itu dibina pada tahun 1890 dan menjadi tumpuan pelancong terutama dari Asia Tenggara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here