Home Bahasa Malaysia Perbincangan meja bulat bincang isu penukaran agama tiga beradik pada Rabu –...

Perbincangan meja bulat bincang isu penukaran agama tiga beradik pada Rabu – Idris

Satu perbincangan meja bulat akan diadakan minggu hadapan bagi bagi membincangkan hak kanak-kanak di bawah umur yang telah diislamkan untuk terus memilih Islam sebagai agama anutan mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan berkenaan akan turut melibatkan pakar dalam bidang antaranya agama, perundangan dan sebagainya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sekolah Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Dewan Restoran Nasi Ayam Hainan Simpang, di sini pada Jumaat. Sumbangan berkenaan disampaikan untuk diagihkan kepada 1,010 calon SPM dan STAM terpilih di Parlimen Bukit Gantang.
Idris terdahulu ditanya pemberita susulan gesaan Dewan Ulama Pas yang meminta agar semua pihak menghormati hak tiga anak Loh Siew Hong yang telah diislamkan oleh bapa mereka. Dalam kenyataan pada Selasa, Dewan Ulama Pas berkata, pilihan tersebut harus dihormati tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada kanak-kanak tersebut termasuk tuduhan negatif berkenaan wujudnya unsur pemaksaan.
Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkan ibu tunggal itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here