Home Bahasa Malaysia PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran

PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran

Hanya kerana ingin melaksanakan tugas, seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily terpaksa membayar harga yang mahal, selepas dikompaun Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kompaun itu dikenakan ke atasnya selepas petugas di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru itu, tempat penamaan calon N44 Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, mendakwa petugas media tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Weng Kian Yong, 42 tahun, mengakui dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan tidak menjaga penjarakan fizikal. Saya hanya pergi kepada calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon. Saya tidak sangka itu merupakan satu kesalahan, kerana saya seorang yang dikenakan kompaun, sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama, dakwanya.

Sementara itu Editor Video Malaysia Gazette Khairulanuar Yahaya 47 tahun, hanya dikenakan amaran. Selepas mengenakan kompaun, petugas KKM seramai lima orang itu dilihat meninggalkan kawasan penamaan calon.
Dalam pada itu, pertembungan di DUN Larkin kali ini hampir pasti melibatkan enam penjuru. Barisan Nasional kali ini mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah 38 tahun, dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain 48 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here