Remaja 13 tahun disyaki bakar asrama madrasah

Marang: Tidak mahu belajar dan tinggal di asrama sebuah madrasah di sini, dipercayai menjadi punca seorang remaja membakar dua blok asrama berkenaan pada Selasa lalu. Berikutan itu, remaja terbabit ditahan sepasukan anggota polis pada malam tadi susulan daripada laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pengurusan madrasah berkenaan.

Menurut sumber, suspek berusia 13 tahun dari Kampung Kebor Besar, Manir di Kuala Terengganu itu ditahan di hadapan madrasah berkenaan di Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai di sini, pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.

Menurutnya, polis turut merampas keratan kertas bergaris biru bertulis ‘kaliu masi ada lagi Shahril disini saya akan Bakar lagi Sekolah al-HuDu’, satu pemetik api dan satu tong plastik putih mengandungi cecair disyaki petrol dipercayai digunakan suspek ketika melakukan perbuatan itu. Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar bangunan berkenaan dengan alasan kerana tidak mahu lagi belajar di madrasah serta tidak mahu tinggal di asrama.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar mengesahkan penahanan remaja terbabit. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan siasatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here