Teka-teki terjawab, Onn Hafiz MB Johor ke-19

Johor Bahru: Cicit kepada Pengasas dan Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira jam 3 petang tadi.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian Umno Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi. Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here