Lelaki disyaki larikan gadis bawah umur, rogol mangsa ditahan

Klang, Seorang lelaki yang disyaki melarikan remaja perempuan bawah umur dari sini dan kemudian dipercayai merogol mangsa, berjaya ditahan polis di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata tangkapan dibuat susulan siasatan polis selepas menerima laporan kehilangan remaja itu yang dibuat oleh keluarganya pada jam 8 malam Khamis lalu.

Pada jam 9.30 malam tadi, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menangkap warga tempatan berumur 39 tahun di Kuala Lumpur. Polis turut merampas telefon bimbit dan kenderaan digunakan suspek, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, dalam laporan polis, ibu remaja itu menghantar pemandu van memberitahu anaknya tiada di kawasan sekolah selepas selesai waktu persekolahan.

Pengadu bersama suami kemudian ke sekolah dan mendapat tahu daripada rakan sekolah bahawa mangsa menaiki kereta dengan seorang lelaki selepas tamat waktu persekolahan, katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati anak mangsa adalah pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di bawah pentadbiran IPD Klang Selatan yang berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi ‘Zaky’ pada 14 Jun lalu.

Selepas berkenalan dua hari, mangsa dipercayai membuat janji temu dengan suspek di hadapan sekolah untuk melarikan diri ke Melaka. Pada jam 6.40 petang Khamis lalu, suspek mengambil mangsa di hadapan sekolah menggunakan sebuah kereta Perodua Viva warna perak dan membawa mangsa ke Melaka.

Mangsa dibawa ke sebuah bangunan rumah kedai dan suspek dipercayai melakukan hubungan seks dengannya. Siasatan mendapati suspek kemudian menghantar remaja itu ke Sentul atas permintaan mangsa pada jam 11.30 malam Jumaat.

Selepas mangsa diturunkan di kawasan Sentul, mangsa meminta bantuan seorang kawan untuk mengambilnya dan tinggal di rumah kawannya. Keesokannya, mangsa meminta bantuan rakan sekelas mengambilnya di Sentul untuk pulang ke rumah,katanya.

Katanya, maklumat berkenaan dengan pihak polis sebelum mangsa diselamatkan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kes jenayah yang dikongsi orang daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawasi pergerakan, memantau serta penggunaan peranti elektronik oleh anak masing-masing, terutamanya remaja agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here