Warga Pakistan miliki dua Mykad palsu ditahan

Kajang: Lelaki warga Pakistan yang juga peniaga pasar malam ditahan kerana mempunyai dua kad pengenalan palsu dalam serbuan Op Kutip di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Nooruladzim Ateman berkata, enam pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya melakukan perkhidmatan pada 12.10 tengah malam.

Dalam serbuan itu, kami menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 50-an kerana mempunyai dua kad pengenalan palsu yang ditemui dalam dompet miliknya.

Hasil siasat mendapati lelaki berkenaan mengaku menggunakan kad pengenalan palsu itu sejak 2005 yang diperoleh daripada ejen di Sabah pada harga RM1,000, katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya katanya.-HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here