Rosmah disabitkan bersalah atas 3 pertuduhan rasuah

 Rosmah Mansor didapati bersalah atas tuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Dia didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here