Mesej tular dakwa jalan ditutup sempena keberangkatan Yang di-Pertuan Agong palsu

Hulu Selangor: Polis menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi WhatsApp mengatakan jalan utama dari simpang Rasa-Ampang Pecah akan ditutup sempena keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ), Kuala Kubu Bharu, di sini, esok.

Mesej itu turut menerima jalan yang terlibat ditutup kepada semua kenderaan mulai 8.30 pagi esok. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, perkara itu tidak tepat dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita palsu. Orang ramai juga hendaklah merujuk kepada polis atau pegawai berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Suffian berkata, tindakan undang-undang mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu. Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here