Saya ada bukti, kata Anwar berkait dakwaan anggota tentera mengundi semalam

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan mempunyai bukti anggota tentera, terutama di Bera sudah mengundi, semalam, selain dibayar RM300 bagi berbuat demikian. Pada sidang media di Kuching, Anwar berkata, beliau boleh membuktikan dakwaan dikemukakannya dan mahu siasatan dilakukan.

Ismail, yang mempertahankan kerusi Bera, mendesak Anwar menarik balik kenyataan dibuat, sambil menyatakan presiden PKR itu menghina angkatan tentera. Malaysia akan mengundi pada 19 Nov dengan undi awal ditetapkan, pada 15 Nov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here