Peguam nafi berita penahanan Zakir Naik di Oman

Peguam kepada Dr Zakir Naik menafikan berita yang tersebar mengenai pendakwah itu ditahan pihak berkuasa di Oman. Sebaliknya, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata pendakwah berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat di Oman.

Beliau berkata, laporan media asing kononnya Dr Zakir sudah ditahan dan dalam proses ekstradisi ke negara asalnya di India adalah tidak benar. Segala berita pasal Dr Zakir akan ditangkap dan dihantar balik ke India adalah palsu belaka dan tidak benar.

Beliau (Dr Zakir) ada menghantar pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel serta akan memberikan ceramah keduanya Sabtu ini, katanya kepada BH hari ini. Akberdin berkata Zakir ada memaklumkan laporan mendakwa penahanannya sekadar ‘berita rekaan’ media kawalan kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Zakir turut diberikan sambutan kehormat di ibu negara Oman, Muscat selain turut memuat naik video di akaun Facebook memberitahu pengikutnya beliau selamat tiba di Oman awal pagi Rabu lalu,katanya. Menurut laporan itu, perisikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here