Polis cari saksi kemalangan maut babitkan budak 5 tahun

SEPANG: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memerlukan saksi kemalangan langgar lari motosikal membabitkan kematian seorang budak lelaki tempatan berumur lima tahun di Jalan Putra Perdana berhampiran Uptown Puchong, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata tragedi kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika bapa dan ibu serta mangsa ingin melintas jalan. Hasil siasatan awal dipercayai kemalangan berlaku ketika mangsa budak lelaki berusia lima tahun itu bersama ibu dan ayah serta seorang pejalan kaki dari Uptown Puchong ingin melintas jalan ke seberang untuk pergi tempat letak kenderaan.

Pada masa kejadian dipercayai mangsa ketika itu dipimpin oleh ayahnya untuk melintas jalan dan tiba-tiba datang motosikal dari arah Puchong menghala ke Taman Putra Perdana melanggar mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan. Penunggang motosikal itu melarikan diri selepas melanggar mangsa. Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan di unit kecemasan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia dengan mengalami kecederaan teruk di kepala. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan kemalangan itu amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis. Sebarang maklumat boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang, Inspektor Wellington di talian 019-4848432 atau balai polis berhampiran katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here