Nenek Usia 106 Mengambil Bahagian Dalam Acara Sukan

Seorang nenek warga emas yang berumur 106 tahun akan mengambil bahagian dalam Acara Berlari Persatuan Olahraga Sarjana Malaysia (MMAA) yang ke 35 yang akan berlangsung di Universiti Malaya pada September 16, 17 yang akan datang. Nenek yang bernama  Rambai, akan mengambil bahagian dalam 4 acara iaitu lari 100 meter, 200 meter, lontar peluru dan lontar piring.

Pengerusi  MMAA, Sivapragasam Sinasambu mengesahkan maklumat itu. Rambai mengambil bahagian dalam acara olahraga yang berlangsung di Hariana, India. Dia mencipta rekod dalam larian 100 meter dengan penentuan masa 45.40 saat .

Jadi pengambilan bahagian dalam acara pelarian di sini pun dinampak sebagai suatu rekod baru. Sivapragasam berkata 800 peserta dari 12 negara akan mengambil bahagian dalam acara sukan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here