Belum ada persediaan Malaysia mencapai status negara tua

Petaling Jaya,Sep 30.Malaysia dikatakan masih belum bersedia mencapai status negara tua menjelang 2030 berikutan belum memiliki pelbagai kemudahan dan sistem sokongan bersesuaian.

Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi, berkata Malaysia perlu mempunyai sistem sokongan yang kukuh buat warga emas seperti di luar negara sebagai persediaan mencapai status negara tua.

Negara kita sememangnya masih belum bersedia untuk 2030. Jadi, sekarang ini, kita semua termasuk badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan pelbagai pihak perlu menggembleng tenaga untuk membuka tempat bagi golongan warga emas Muslim dan bukan Muslim.

Sebenarnya, saya berharap supaya Malaysia mempunyai sistem sokongan macam dekat luar negara. Ada yang datang tiap-tiap hari ke rumah. Saya juga harap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi ‘personal assistant’ kepada orang ramai bagi membantu warga emas setiap hari sebab bukan semua orang nak hantar ibu bapa ke rumah warga emas. Ahli keluarga kebanyakannya nak menjaga ibu bapa tapi tidak berkelapangan dan tidak tahu macam mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Festival Warga Emas, di sebuah pusat beli belah, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here